Saturday, March 30, 2013

NEW LIFE

sho in the making....if u think safety is expensive so try having an  accident

Tuesday, July 24, 2012

Peringatan Penting Bagi Orang Yang Bakhil

Bismillahirrahmanirrahimi wabihi Nastainu Billah..





Bakhil ialah kedekut atau kikir atau lokek. 

Nabi saw. bersabda, "Seburuk-buruk sifat yang ada kepada seseorang adalah bakhil dan penakut." (HR Abu Daud di dalam Sunan Abu Daud, hadis no: 2150)

Nabi saw. bersabda, "Ada tiga hal yang dapat membinasakan diri seseorang iaitu kedekut yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti dan ujub (rasa kagum dengan diri sendiri).”. (HR Al-Bazzar dan Al-Baihaqi)

Dari Abu Hurairah r.a. katanya, dia mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Perumpamaan orang yang kedekut dengan orang yang pemurah seperti dua orang yang memakai baju besi yang menutupi dadanya sampai ke leher. Orang yang pemurah, bajunya lapang dan sempurna menutupi badannya hingga ke anak-anak jarinya dan menghapus jejaknya (dosanya). Sedangkan orang yang kedekut disebabkan dia tidak mahu menafkahkan hartanya, maka tiap-tiap cantuman bajunya sendat di tempatnya, dia berusaha mahu melonggarkannya tetapi tidak pula longgar.” (HR Bukhari)


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Tidak ada suatu hari pun yang seorang hamba bangun pagi melainkan turun dua malaikat ke bumi. Yang satu berdoa, ‘Ya Allah! Berilah ganti kepada hamba-Mu yang menafkahkan hartanya.’ Dan yang satu lagi berdoa, ‘Ya Allah! Binasakanlah harta orang-orang yang kedekut.’” (HR Bukhari)

Rasulullah SAW bersabda, ”Sesiapa yang ditanya tentang ilmu lalu dia menyembunyikannya akan diikat mulutnya dengan kekang dari api neraka pada hari kiamat.” (HR Abu Daud dan Tirmidzi)

Daripada Ali bin Abu Talib r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Orang yang bakhil ialah orang yang mendengar namaku disebut tetapi tidak berselawat ke atasku." (HR Tirmidzi)

Firman Allah, "Dan jangan sekali-kali orang-orang yang bakhil dengan harta benda yang telah dikurniakan Allah kepada mereka menyangka bahawa keadaan bakhilnya itu baik bagi mereka. Bahkan ia adalah buruk bagi mereka. Mereka akan dikalongkan (diseksa) dengan apa yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat kelak. Dan bagi Allah jualah hak milik segala warisan (isi) langit dan bumi". (Ali-Imran ayat 180)

Firman Allah, "Dan sesiapa yang menjaga dirinya dari sifat bakhil maka itu lah orang yang berjaya." (al-Hasyr ayat 9)



Wallahualam...


Sumber http://lenggangkangkung-my.blogspot.com/2012/02/jangan-bakhil.html

Kedalaman Api Neraka berdasarkan Hadis Dan Unit Meter (wallahualam)

Bismillahirrahmanirrahimi Wabihi Nastainu Billah..................



Berdasarkan Hadis ini,

Daripada Abu Hurairah R.anhu katanya pada suatu hari kami bersama-sama Rasulullah S.A.W,tiba-tiba terdengar suara benda jatuh dengan keras,lalu baginda bertanya,'Tahukah kamu suara apakah ini?' Kami menjawab,'Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.' Lalu Nabi S.A.W bersabda,'Ini ialah(bunyi) sebiji batu yang dilemparkan ke dalam api neraka sejak 70 tahun lalu,maka batu iu terus sahaja jatuh menuju dasar neraka dan baru saat ini ia sampai ke dasarnya.Maka sebab itu kamu mendengar bunyi itu.'(Riwayat Muslim)


1 tahun= 365 hari

70 tahun = 25550 hari = 613200 Jam = 36792000 minit = 2207520000 saat


Untuk mengukur kedalaman atau ketinggian objek yang jatuh berdasarkan pecutan graviti, formula berikut digunakan, 

S= ut +1/2at2

S= Sesaran/ kedalaman         u= halaju awal= 0           t= masa= 2207520000 saat           

a= jumlah pecutan graviti 10ms-2 (Berdasarkan pecutan graviti bumi)    


Tambahan: Pecutan dan halaju/ kelajuan adalah dua benda berbeza. Kelajuan/ Halaju adalah jarak yang dilalui dalam tempoh t saat, Manakala Pecutan adalah kadar pertambahan atau pengurangan ( dengan nilai negatif) halaju dalam tempoh t saat; yang mana bererti kelajuan akan sentiasa bertambah melewati tempoh masa perjalanan.

S= 0(2207520000)+ 1/2( 10x 2207520000)2

S= 24365722752000000000 meter


atau   2.435722752x1019 meter
atau lebih kurang 2 decalion meter   kedalaman


Kesimpulan: Tersangatlah dalam api neraka itu...Namun pengiraan di atas hanyalah berdasarkan pecutan graviti bumi purata iaitu  10ms-2  . Kita tidak mengetahui berapa kekuatan graviti api neraka yang sebenar. Yang pasti, jika gravitinya lebih kuat maka lebih dalam kedalamannya .


Semoga menjadi peringatan dan iktibar kepada kita.


TambahanBerdasarkan teori fizik, secara purata pecutan graviti bumi adalah bersamaan 10ms-2. Kesemua objek yang jatuh ditarik graviti akan jatuh dengan jumlah pecutan ini kerana daya graviti bumi yang bertindak ke atas objek tanpa mengira berat atau jumlah jirim objek itu. Dalam erti kata lain, dua objek yang berbeza berat jika dijatuhkan secara serentak akan jatuh dan sampai ke bumi pada masa serentak. Namun, sering dipersoalkan mengapa  suatu objek yang ringan seperti bulu atau kertas tidak jatuh dengan serentak atau jatuh lebih perlahan. Objek seperti bulu atau pun kertas yang jatuh di ruang udara sebenarnya mengalami rintangan udara ataupun angin. Sekiranya bulu itu dijatuhkan di dalam bekas divakumkan (udara dikeluarkan dari bekas) maka jatuhannya akan menjadi serentak. 

Wallahualam...

Nota: Pengiraan diatas hanyalah  berdasarkan teori- teori ilmiah dengan tujuan memberikan  peringatan kepada para pembaca.

SEKADAR PERKONGSIAN..ketahui selanjutnya di link dibawah ini :

19 Hadis Tentang Wanita


Bismillahirrahmanirrahimi Wabihi Nastainu Billah

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akanhal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10.Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
12. Aisyah berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, “Suaminya”. “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah, “Ibunya”.
13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut,burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

Wallahualam...

Bacalah al- Quran al-Karim

Bismillahirrahmanirrahimi Wabihi Nastainu Billah


Abdullah bin Mas’ud r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah swt maka untuknya diberi satu hasanah (kebaikan) sebagai ganjaran bagi huruf itu dan satu hasanah adalah sama dengan sepuluh pahala. Aku tidak berkata (alif,lam,mim) sebagai satu huruf tetapi (alif) adalah satu huruf, (lam) adalah satu huruf dan (mim) adalah satu huruf.” (Riwayat Tirmizi)

Dari Abu Umamah Al-bahili ra, dia berkata, saya mendengar Rasulullah saw bersabda, "Bacalah Al Qur'an. Karena ia pada hari kiamat nanti akan datang untuk memberikan syafaƔt kepada para pembacanya." (HR Muslim)


"Perumpamaan orang Mukmin yang membaca Al-Quran, adalah seperti bunga utrujjah, baunya harum dan rasanya lazat; orang Mukmin yang tidak membaca Al-Quran, adalah seperti buah kurma, baunya tidak begitu harum, tapi manis rasanya; orang munafiq yang membaca Al-Quran ibarat sekuntum bunga, berbau harum, tetapi pahit rasanya; dan orang munafiq yang tidak membaca Al-Quran, ia tak ubah seperti buah hanzalah, tidak berbau dan rasanya pahit sekali." (HR Bukhari)

Allah berfirman: "Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu wahyu (Al Qur'an) dengan perintah Kami. Sebelumnya kamu tidaklah mengetahui apakah Al Kitab (Al Qur'an) dan tidak pula mengetahui apakah iman itu, tetapi Kami menjadikan Al Qur'an itu cahaya, yang Kami tunjuki dengannya siapa yang kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami". (Surah Asy Syuura ayat 52)

Allah berfirman: "Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu, apabila disebut (nama) Allah, gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, bertambahlah iman mereka kerana-Nya dan kepada Allah lah mereka bertawakkal." (Surah Al Anfaal ayat 2)

Allah berfirman: "Dan apabila dibacakan Al Qur'an, maka dengarkanlah dengan baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat". (Surah Al A'raaf ayat 204)
 


Wallahualam...




sekadar perkongsian..ketahui lebih lanjut di link di bawah ini :


http://putrazulkhairi.blogspot.com/2012/07/bacalah-al-quran-al-karim.html

BUKANLAH YANG TERBAIK


"Sesungguhnya jika aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dpat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan." -Imam Hasan Al-Basri-

SOLAT ATAS PAGAR


Gambar ini diambil oleh Mohamed al-Sayaghi pada hari berlakunya rusuhan anti-kerajaan di San’a, Yemen.
Budak lelaki ini menunaikan solat Jumaat di atas pagar walaupun berlakunya rusuhan di tempat itu. (rusuhan ini mungkin sudah lama berlaku)
Sebab mengapa saya berkongsi gambar ini adalah sebagai peringatan untuk diri saya dan umat Islam yang lain bahawa bagaimana susah atau masalah yang kita hadapi, bersolat lah kerana solat adalah wajib untuk kita tunaikan. Seperti adik kita ini, walaupun usianya masih kecil namun dia boleh dijadikan contoh terbaik untuk kita sedari betapa pentingnya kita bersolat walau bagaimana keadaan* kita .